Tafsir Surah Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Maun & Quraisy
RM30.00 Original price was: RM30.00.RM27.00Current price is: RM27.00.
Bermula dengan kisah diganggu secara mental dan fizikal oleh Abu Lahab sehingga dimaki semula oleh Allah di dalam Surah al-Masad. Dikisahkan pula tentang tingkah laku orang-orang Arab Quraisy yang mempunyai wibawa dan kredibiliti di Semenanjung Arab. Disambung pula pada surah lain bagaimana penolakan orang yang ingkar kepada Allah dengan kufur kepada kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah.
Cantuman kisah dan peristiwa itu berakhir pada Surah al-Nasr yang menceritakan kemenangan usaha dakwah Rasulullah yang terang dan nyata.
Lenggokan dan lantunan butir bicara hikmah Tuan Guru mengasyikkan, apabila kita membaca baris-baris cerita Rasulullah yang mulia. Susunan huraian setiap ayat di dalam surah-surah ini melancarkan aliran kefahaman kita terhadap makna-makna perkataan yang jelas terpancar daripada lautan ilmu Tuan Guru yang dalam.