Penerangan
Kesinambungan daripada buku tafsir 6 surah iaitu Surah al-Masad hingga Surah Quraisy, buku tafsir ini membawa kita untuk memahami dengan lebih dalam tunjangan akidah Islam yang sebenar. Al-Marhum Tuan Guru membawa kita menelusuri setiap bilah-bilah perkataan yang terkandung di dalam surah-surah Kalamullah yang agung ini, sehingga terasa seolah-olah kita melihat dan mengalami sendiri denyut nadi perjuangan baginda menyebarkan akidah Tauhid kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Deruan dan arus untaian kalimah Mutiara bicara al-Marhum Tuan Guru, memberi kita visual yang jelas dalam meneroka kalimah Al-Quran yang mulia.