Penerangan
Justeru, berdasarkan huraiannya kita boleh lihat perbezaan penerangan Tuan Guru. Tema utama Surah Hud ini terkandung di dalam ayat kedua; “(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah.” Mesej ini terkandung di dalam risalah semua para nabi sama ada Nabi Adam, Nabi Yunus, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan semuanya Alayhimussolatu was Sallam. Mesej ini universal yang disampaikan oleh para Nabi kepada kaumnya dan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam kepada seluruh manusia hingga akhir zaman.